Sepintas lalu buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”

Oleh: Dr. Abu Mahdi

بسم اللّه الرحمن الرحيم‏

 

Mukadimah.

Menurut salah satu pusat penyelidikan yang berpengkalan di Hawzah (pusat pengajian agama) di Qom, lambakan buku-buku yang ditulis untuk memerangi Syiah di sepanjang sejarah telah melebihi dari 5000 judul dan secara keseluruhan hampir 7000 bab-bab dan syubhat yang yang berada di dalam 600 tajuk di dalam buku-buku tersebut.

 

Namun di antara buku-buku ini, naskah yang berjudul “Lillāh thumma littārikh” (للّه . . . ثمّ للتاريخ) atau terjemahannya “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” mempunyai ciri-ciri tersendiri sehingga dapat dikatakan: Kitab anti-Syiah yang tergolong sebagai paling merosakkan. Buku ini sarat dengan syubhat yang didapati dari dalam buku-buku anti-Syiah lain dengan huraian menurut citarasa aqidah mereka dan cuba membuatkan pembaca terpengaruh dengan ajaran mereka.Tidak pernah terjadi seperti sebelumnya, kerajaan Arab Saudi terlalu menekankan betapa pentingnya penyebaran dan pengedaran buku ini di kalangan remaja-remaja Syiah.

 

Saya pernah berada dalam sebuah majlis ilmu bersama dengan salah seorang ulama terkenal Syiah di wilayah Qatif, negara Arab Saudi, malam 12 Rejab, pada tahun (1382 kalendar Syamsi) di Makkah Al-Mukarramah. Beliau mengatakan buku “Lillāh thumma lit-tārīkh” telah mereka edarkan secara percuma kepada Syiah di kawasan Qaṭīf dan Aḥsā’. Buku ini juga dicetak sebanyak ratusan ribu dan diedarkan di negara Kuwait pada tahun 1380 di mana wakil Wilāyatul Faqīh, yang berbahagia encik Mehrī telah memaklumkan kepada kerajaan Kuwait: Andainya penyebaran dan pengedaran kitab yang menghina dan anti-Syiah tidak dibendung, adalah dikhuatirkan negara Kuwait akan bertukar menjadi sebuah lagi wilayah Lubnan. - Surat Khabar Al-Rā’y Al-ʽĀm Al-Kuwaytiyyah (الرأي العام الكويتيّة) dengan tarikh 30-6-2001, surat tersebut disiarkan dalam berbagai laman web.

 

Salah seorang ulama yang disegani memaklumkan kepada jemaah haji di Makkah, terjemahan (bahasa Parsi) kitab ini dalam beberapa malam sahaja, 300 hingga 400 naskah diedarkan ke beberapa hotel yang didiami oleh pemuda dan mahasiswa Iran.

 

Ayatullah Subhani pergi menunaikan umrah, beliau berkata: Sebaik sahaja memasuki kawasan Baqiʽ, salah seorang mahasiswa Iran datang mendekati saya dan menyatakan bahawa sistem pemikirannya kusut dengan membaca buku ini.

 

Sepintas lalu ciri-ciri buku tersebut.

1. Penulis kitab memperkenalkan dirinya sebagai seorang ulama dan mujtahid Syiah. Setelah menukilkan beberapa kelemahan dan keraguan tentang mazhab Syiah, akhirnya beliau menunjukkan kecenderungannya ke arah mazhab Ahlusunnah. Beliau menukilkan beberapa perkara daripada pemimpin-pemimpin mazhab dan marji’ taqlid agama dengan tujuan memburuk-burukkannya.

 

2. Beliau mengeluarkan hadis-hadis para Imam daripada sumber Syiah, supaya pembaca merasakan bahawa mazhab tersebut tidak sah menurut Ahlul Bait. Bahkan Ahlul Bait dikatakan tidak ada hubungan sama sekali dan bertentangan dengan mazhab Syiah dan yang lebih dahsyat lagi dari semua perkara ialah menyebut sejarah dongeng kononnya golongan ini berkait rapat dengan pembunuh para Imam Syiah.

 

3. Penulis mendakwa bahawa pengikut mazhab Syiah mencipta hadis untuk mencapai matlamat mereka dan mengesahkan mazhab tersebut dengan mengaitkan pembohongan kepada para Imam (a.s) sementara imam-imam berlepas diri dari golongan ini.

 

4. Yang lebih penting dari semua isi ialah beliau menukilkan daripada kitab-kitab Syiah perkara-perkara yang menunjukkan kebencian dan perseteruan Syiah terhadap Ahlusunnah seterusnya boleh mencetuskan prasangka buruk pembaca terhadap mazhab Syiah. Semua ini menyebabkan kebencian mereka terhadap Syiah.

Jawapan untuk syubhat buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah”.

Telah dikatakan bahawa salah satu dalil yang menyebabkan buku ini menjadi rosak ialah penulis memperkenalkan dirinya sebagai seorang mujtahid Syiah. Setelah menukilkan beberapa perkara yang lemah dan syubhat daripada mazhab Syiah, beliau cuba menunjukkan dirinya cenderung kepada mazhab Ahlusunnah.

Dalam bahagian ini, kita hendaklah mengamati perbahasan dan penelitian berikut:

Pertama: Penulis merupakan seorang individu yang diragui, tokoh khayalan dan hakikatnya tidak pernah wujud.

 

Kedua: Penulis seorang individu Ahlusunnah sehingga beliau tidak kenal dengan istilah-istilah umum Syiah dan Hawzah Ilmiyah.

 

Ketiga: Beliau menukilkan pembohongan-pembohongan yang kononnya diambil daripada sumber hadis Syiah di mana riwayat-riwayat tersebut sedikitpun tidak memberi kesan.

 

Keempat: Beliau mengaitkan kerosakan pemikirannya dengan kisah rekaannya tentang marji’ taqlid.

 

Kelima: Demi mengesahkan perbuatan haram yang dilakukannya, beliau mengagungkan individu-individu yang telah murtad dan yang bertentangan dengan agama di mana tidak seorang pun orang yang waras dan umat Islam dapat menerimanya.

 

1. Pembohongan pengarang.

 

Setelah buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” disebarkan di mana pengarangnya memperkenalkan diri sebagai salah seorang daripada fuqahā’ dan marjiʽ Najaf dan beliau juga mendakwa telah memperolehi ijazah sebagai mujtahid daripada Syaikh Muhammad Husain Al Kāshif Al-Ghiṭā’, para ulama dan tokoh hawzah ilmiyah Najaf dan Karbala secara rasmi mengistiharkan bahawa mereka tidak pernah kenal individu seperti ini. Begitu juga Bayt AyatuLlah Kāshif Al-Ghiṭā’ turut mengeluarkan pernyataan rasmi yang menerangkan bahawa mereka tidak pernah memberikan sebarang ijazah mujtahid kepada individu yang tidak dikenali seperti ini. Untuk penelitian lebih lanjut sila rujuk kepada laman web Markaz Al-Ibhāth Al-ʽAqā’idiyyah (مركز الابحاث العقايدية) di alamat www.aqaed.com.

 

Manusia berusia 200 tahun.

 

Dengan melihat sepintas lalu, jelaslah bahawa individu yang dicurigakan ini telah menerangkan dalam beberapa bahagian buku tersebut tentang fakta dirinya sendiri yang saling bertentangan. Contohnya penulis didapati hidup selama 200 tahun, sila rujuk pada halaman 114:

 

في زيارتي للهند التقيت السيد دلدار علي فأهداني نسخة من كتابه «أساس الأصول»

 

Semasa aku menziarahi India, aku bertemu dengan As-Sayid Dildar Ali. Beliau menghadiahkan kepada ku sebuah kitab hasil karangan beliau sendiri iaitu “ أساس الأصول ” - Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 220.

 

Sedangkan Sayid Dildar Naqavi meninggal dunia pada tahun 1235 Hijrah, sebagaimana yang ditulis oleh Āghā Buzurg Ṭehrānī:

 

«أساس الأصول : في الرد على الفوائد المدنيّة الاستراباديّة، للعلامة السيد دلدار علي بن محمد معين النقوي النصير آبادي اللكهنوي، المجاز من آية الله بحر العلوم، والمتوفى سنة 1235» . الذريعة إلى تصانيف الشيعة 4 / 2 .

 

Peristiwa ini juga disebut juga oleh Sayyid Aʽjāz Ḥusayn di dalam kitab Kashful Ḥijab Wal Astār (كشف الحجب والأستار), halaman 41, Ismāʽīl Bashā Al-Baghdādī di dalam Hadiyyah Al-ʽĀrifīn (هدية العارفين), jilid 1 halaman 772 dan Khayruddīn Zarkālī Wahhābī di dalam kitab Al-Aʽlām (الأعلام), jilid 2 halaman 340.

 

Nota: Buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” versi pdf yang disebarkan di dalam internet mengakui perkara ini dalam nota kakinya seperti berikut:

 

- As-Sayid Dildar Ali al-Nasirabadi (1753 hingga 1820M). Juga dikenali dengan Sayid An-Naqawi. - halaman 220

 

- As Sayid Dildar Ali bin Muhammad Mu’in An Naqawi An Nasir Abadi Ar Ridhawi Al Mujtahid. Beliau merupakan di antara ulama’ besar Syiah Imamiah pada zamannya dan ulama’ hebat di India. Bertanggungjawab dalam menyebarkan Syiah di sana. Menghadiri majlis al-Wahid Al-Bahbahani dan Al-Mirza As-Shahrastani di Karbala’, Iraq ketika berhijrah ke sana. Kemudian pulang ke India dengan membawa ijazah-ijazah dan syahadah-syahadah yang

banyak. Merupakan ulama’ yang banyak memberi kesan dalam bidang feqah, usul, falsafah dan ilmu kalam. Dilahirkan pada tahun 1166H bersamaan 1753M dan meninggal pada tahun 1235H bersamaan 1820M. - halaman 111

 

Jikalaulah pertemuan ini terjadi di penghujung usia Sayyid Dildār ʽAlī, dan penulis mengunjungi beliau ketika berumur 15 tahun, maka sudah tentu ia dilahirkan pada tahun 1220 Hijrah.

 

Di halaman 93 beliau menulis:

 

«قال الإمام الخوئي في وصيته لنا وهو على فراش الموت» .

Al-Imam Al-Khu’i juga turut mewasiatkan kepada kami semasa sudah hampir kepada saat kematian dengan wasiat… Kenapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 176.

 

Dengan mengamati bahawa kematian Ayatullah Al-Khū’ī pada tahun 1414, maka penulis sudah tentu berusia 185 tahun ketika itu!.

 

Jikalau penulis masih hidup ketika penyebaran buku tersebut iaitu pada tahun 1422 Hijrah di mana pada halaman ke-8, ia mengatakan:

 

أما أنا فما زلت داخل العراق وفى النجف بالذات

 

Adapun aku sendiri masih lagi menetap di Iraq betul-betul di Najaf. - Mengapa Aku Meninggalkan Syiah versi pdf, halaman 26.

 

Oleh itu penulis hendaklah berusia lebih 200 tahun.

 

3. Mencapai martabat ijtihad pada usia 109 tahun.

 

Di halaman 10 beliau menulis:

 

المهمّ أنّي أنهيت الدراسة بتفوّق، حتى حصلتُ على إجازتي العلميّة في نيل درجة الاجتهاد من أوحد زمانه سماحة السيد محمد الحسين آل كاشف الغطاء زعيم الحوزة